Kedai AnnisaKu

Saturday, April 7, 2018

Naurah 2.0 - Printed Instant Shawl 2 Muka

πŸŽ€ *NAURAH 2.0 - INSTANT SHAWL DOUBLE LOOP PRINTED* πŸŽ€







πŸ’ Didatangkan dalam 5 pilihan warna yang lembut dan selamat dipadankan dengan pelbagai warna baju.

🌼 Rose Brown
🌼 Dahlia Yellow
🌼 Orchid Pink
🌼 Hibiscus Peach
🌼 Peony Green

Ciri-Ciri Naurah:
πŸ’ Didatangkan dalam 2 saiz dengan kelabuhan *ADJUSTABLE* ikut keselesaan pemakai.

(L) 2.0m x 0.80m +/-
(XL) 2.3m x 0.80m +/-

πŸ’ Body dari material Flamingo Chiffon yang sangat flowy.

πŸ’ Soft awning dihasilkan dari soft cotton terbaik yang sejuk, mudah bentuk dan #KalisTembam.

πŸ’ Nursing dan solat friendly tanpa rasa was-was.

Nak HARGA ISTIMEWA?



#MizaRasmi
#TeamPakarKirai
#KedaiAnnisaKu
#MuslimahHeejab
FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Friday, March 9, 2018

Instant Shawl Nayla 5.0 dari Escarves











NAYLA BASIC INSTANT SHAWL KEMBALI DENGAN 10 WARNA TERBARU YANG BAKAL MENCAIRKAN HATI KORANG 😍


The Most Selling Basic Instant Shawl NAYLA kini kembali dengan warna-warna yang baru dan fresh 😍


INSTANT SHAWL NAYLA BASIC 5.0


Kini lebih upgrade KUALITI JAHITAN yang lebih KEMAS & RAPI & Improvement HIDDEN INNER yang lebih tersorok berbanding sebelumnya πŸ˜‹

=========
APA BESTNYA NAYLA BASIC NI?
=========

✔ Awning yang super duper best dimana merupakan kepakaran Escarves menyediakan instant shawl siap dengan inner yang SELESA, TAK PEKAK, TAK PANAS, SESUAI UNTUK SEMUA JENIS MUKA ❤

✔Jahitan fully BABY SEAM berbanding sebelum ini kelim biasa sahaja.

✔ Material super duper FLOWY & TIDAK JARANG

✔ Kelabuhan yang ADJUSTABLE, nak pakai labuh boleh, senteng pun boleh.

✔ Tiada lagi NAMPAK INNER LEBIH DITEPI selepas kita improved HIDDEN INNER start dari edisi ke4 lagi 😍.

✔ PINLESS , memang tak payah pakai pin dah. Sebab xnampak dah lebihan inner tu so tak payah risau, just sarung je siap.

✔ EFFECT muka runcing tau uolss. Muka tembam ke confirm jadi tirus.

✔ 10 PILIHAN warna yang sangat menarik dan PASTEL 😍

✔ Mesra anak-anak kecil, yang mana, anak tarik macam manapun, ibu maintain lawa tauu ❤. Dan tak bahaya untuk bayi sebab tak perlu pin di bahagian bahu 😘


Lepas ni Ibu-Ibu dah tak risau dah nak cantik, tampil lawa walaupun ada anak kecik, sebab dengan NAYLA BASIC warna baru ni ibu-ibu confirm tampak gojes 😍

=========
CIRI CIRI NAYLA BASIC :
=========

✔ Material : High Quality Flamingo Chiffon + Inner Soft Cotton Lycra gred A.

✔ FLOWY , mudah gosok (minima iron) & tahan lasak 😎

✔ Jahitan full BABY SEAM, lebih eksklusif, dan kemas.

✔ Size : L = 2m x 0.75m +- dan XL = 2.2m x 0.75m +-

✔ 10 PILIHAN WARNA BARU YANG MENARIK & Pastel colour ❤

✔ TAK JARANG, TAK PANAS


Senang cerita , NAYLA BASIC ni memang idaman semua ibu-ibu diluar sana, yang mana nak cantik, nak lawa tapi nak cepat bersiap 😍

=================
HARGA BERAPA MIZA?
=================

Okey harga NORMAL adalah :
RM69/pcs (Size L)
RM79/pcs (Size XL)


**PRICE ARE NOT INCLUDING POSTAGE

==========
CAMNO NAK ORDER YE MIZA ?
==========

Whatsapp terus Miza Rasmi 012 451 4738

atau klik je link di bawah ni ok πŸ‘‡
www.wasap.my/60124514738/Nayla5


#Escarves
#TeamPakarKirai
#MizaRasmi
#InstantShawlLabuh

FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Thursday, November 9, 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERTUDUNG





Penjagaan rambut yang betul dan rapi sangat penting untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan cantik walaupun bertudung.
.

Sini Miza kongsikan beberapa Tips Penjagaan Rambut bagi wanita bertudung.
.

1. Adalah menjadi satu KESALAHAN besar jika MEMAKAI TUDUNG ketika RAMBUT masih BASAH.

Pastikan rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan rambut berbau hapak, berkelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkan rambut berminyak.

So pastikan korang mencuci rambut beberapa jam sebelum korang bersedia untuk memakai tudung bagi memastikan rambut kering ketika menggayakan tudung.
.

2. Pilihlah SYAMPU dan PERAPI yang SESUAI dengan jenis rambut dan kulit kepala korang. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia kerana boleh menyebabkan rambut cepat rosak.
.

3. Lakukan CUCIAN rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik korang terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.
.

4. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah GAYA TUDUNG yang tidak begitu tebal lapisannya.

Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak. So tiada masalah sekiranya korang nak menggayakan tudung instant dua muka
.

5. Dalam masa bertudung tu, jika ada peluang menanggalkannya (seperti di surau), bolehlah dilakukan URUT ringan ke KEPALA untuk memberi kelegaan dan rasa relaks. Haa apa kata masa nak urut tu, korang gunakan lotion ajaib MMG. Confirm wangi sepanjang hari
.

6. Walaupun bertudung, masih ada keperluan untuk korang menggunakan SERUM atau PELEMBAB rambut. Namun, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.
.
.

#TipsPenjagaanRambut
#MizaRasmi
#TeamKakPizin | #PKHijab
#GoldFighterKC | #CunHeejab

.
*Gambar sekadar Hiasan


FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Sunday, August 21, 2016

Miza: MY BIG WHY

Sambil2 korang tgk tv & melayan anak2, ok malam ni Miza nak story pasal MY BIG WHY. MY BIG WHY kenapa Miza buat business online, padahal dah ada kerja hakiki kan..

Miza umur tahun ni dah masuk 35 tahun pun, dah berkahwin & dah punya anak. Miza kerja kat Cyberjaya, tapi anak2, suami & family Semua kat Perlis. So setiap 2 minggu Miza akan balik Perlis. Hari Jumaat memang gigih laa Miza naik train turun train, naik tangga turun tangga sebab nak berkejar2 naik bus.. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻Then Ahad Malam dah balik ke sini sebab Isnin pagi masuk kerja macam biasa. Cuti tu toksah kata laa, memang tinggal sipi2 jer lagi so now memang berusaha supaya tak selalu ambil cuti.😁😁

Actually Miza ni bukannlah penggemar shawl, kalo boleh nak yg senang2 pakai jer πŸ˜„. Dulu2 pakai juga shawl tapi beberapa tahun lepas tu memang dah malas sebab lebih selesa mengenakan tudung bawal & tudung ala2 fareeda tu. Nak dijadikan cerita, Miza boleh start pakai shawl semula kerana INSTANT SHAWL hokayy πŸ˜…. Itu pun start bulan Mac hari tu sebab tolong NorhaPizin Kushairi jual tudung. Kebanyakkan koleksi yg Miza ada pemberian dari Liza & Pizin sendiri πŸ˜‰


Then Hayat Hijab keluarkan tudung instant yg attach sekali dgn inner. Miza pun try2, rasa macam ok so Miza pun beli laa sehelai warna Hitam. Selepas tu Escarves juga keluarkan tudung instant attached sekali dgn inner.. Sungguh Miza cakap, Miza suka tgk color2 tudung ‪#‎escarves‬ yg nampak fresh & candy gitu tapi tak semua org mcm Miza. So Miza pun beli juga sehelai warna Light Bubblegum, so in love sgt2 😍. Dgn labuh depan belakang & inner yg tak melekat di muka so lagilah in love kan…😍😍

Mesti korang tertanya2 kenapa Miza buat business online? πŸ€”Alaa Miza nak penuhi masa lapang yg ada laa, takkan laa asyik nak tenung dinding & tv jerk kan hehehe πŸ˜‚ At least ada juga buat Something drp Nothing. But, sebab yg paling utama adalah suami, anak2 & family..Nak happykan mereka walaupun life tu agak struggle, harap lepas ni dah tak struggle dah hehehe. Doakan Miza ☺️Lagipun Miza memang memerlukan sideincome since Miza travel 2 minggu sekali balik ke Perlis. Harap2 lepas ni dapat laa pindah balik dok kat Perlis dgn suami & anak2, Doakan Miza ye ☺️


Kalo nak diharap pada gaji tu memang sipi2 laa tapi kalo dah settle semua2 loan segala mcm loan (biasa laa dulu jiwa muda, mula2 kerja terus beli kereta), memang of course la boleh cover everything πŸ˜„ So memang nak sgt laa hidup bebas hutang, bebas kewangan (financial freedom).. Doakan Miza hokayy ☺️. Then, teringin sgt nak bawa 1 family pergi umrah & inshaa Allah Haji juga kalo dipanjangkan umur. Ermm ape lagi ek?? Of course laa nak beli rumah, nak beli kereta MPV since anak dah ramai kan, nak memberi manfaat kpd org sekeliling & nak lebih byk memberi/bersedekah..Jangan lupa doakan utk Miza ye ☺️

Dan yg penting, nak terus bangkit, bangkit, & bangkit walaupun tak tahu dah berapa kali Miza jatuh tersadung & tersungkur πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻 Alhamdulillah dipertemukan dgn sahabat2 yg betul, sahabat2 yg positif. Actually byk je lagi Miza nak cerita tapi Miza story next lah ek.So itulah BIG WHY Miza. Korang2 DOAKAN MIZA ye ☺️☺️

‪#‎escarvesstylista‬
#escarves
#sayajualtudung

FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Saturday, August 13, 2016

Tak sabar hokayy!

Miza kasi teaser sikit ye utk korang semua. Mika Printed behind the scene.


Dah tak sabar hokayy nk tunggu Mika Printed release. Sikit masa jer lagi, dah tak lama dah nk jengah pasaran 😍 Stay tuned ye sayang sayang semua.

#escarves
‪#‎mikaprinted‬
‪#‎escarveslovers‬
‪#‎mikaaprintedinstantshawl‬

FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Thursday, August 11, 2016

Dr Nazean Jomhari Menggayakan Nayla Series


Korang tgh buat apa tu? Sibuk melayan anak2 ke atau dh nak tido ?

Ni haa Miza share dgn korang semua ☺️ Sape ada tgk Program Quranis kt RTM1 sila angkat tangan πŸ™‹πŸ»

Perasan tak.. perasan tak...Dr Nazean Jomhari yg jadi tetamu jemputan hari tu mengenakan tudung ‪#‎escarves‬ hokayy😍 Glamour weyy cik Nayla kluaq tv dah haa πŸ˜ƒ Korang semua bila lagi nak pinang cik tudung Nayla πŸ˜…

#naylaseriesinstantshawl
‪#‎escravesstylista‬
‪#‎escarveslovers‬
‪#‎kedaiannisaku‬

FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

Wednesday, August 10, 2016

Mika oh Mika...

Nah haiiii Escarves dah keluarkan tudung printed ler plak πŸ˜„



Founder Eyda Sukiman dah rasmi dah salah satu koleks ESCARVES - The Premium Collection MIKA PRINTED.😍


Jom menjerung πŸ˜‚πŸ˜…

Oh ya, yg Eyda pakai ni design FLARE.
Ada dua design (FLARE & BASIC) πŸ˜‰


Will be launch soon hokayy. Bersusun dah weyy pakat nak order πŸ˜‰

‪#‎mikaprinted‬
‪#‎Escarves‬
‪#‎Escravesstylista‬


FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu