Kedai AnnisaKu

Thursday, November 9, 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERTUDUNG





Penjagaan rambut yang betul dan rapi sangat penting untuk memastikan rambut sentiasa sihat dan cantik walaupun bertudung.
.

Sini Miza kongsikan beberapa Tips Penjagaan Rambut bagi wanita bertudung.
.

1. Adalah menjadi satu KESALAHAN besar jika MEMAKAI TUDUNG ketika RAMBUT masih BASAH.

Pastikan rambut benar-benar kering sebelum mengenakan tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan rambut berbau hapak, berkelemumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering menyebabkan rambut berminyak.

So pastikan korang mencuci rambut beberapa jam sebelum korang bersedia untuk memakai tudung bagi memastikan rambut kering ketika menggayakan tudung.
.

2. Pilihlah SYAMPU dan PERAPI yang SESUAI dengan jenis rambut dan kulit kepala korang. Elakkan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia kerana boleh menyebabkan rambut cepat rosak.
.

3. Lakukan CUCIAN rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik korang terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.
.

4. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah GAYA TUDUNG yang tidak begitu tebal lapisannya.

Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak. So tiada masalah sekiranya korang nak menggayakan tudung instant dua muka
.

5. Dalam masa bertudung tu, jika ada peluang menanggalkannya (seperti di surau), bolehlah dilakukan URUT ringan ke KEPALA untuk memberi kelegaan dan rasa relaks. Haa apa kata masa nak urut tu, korang gunakan lotion ajaib MMG. Confirm wangi sepanjang hari
.

6. Walaupun bertudung, masih ada keperluan untuk korang menggunakan SERUM atau PELEMBAB rambut. Namun, sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.
.
.

#TipsPenjagaanRambut
#MizaRasmi
#TeamKakPizin | #PKHijab
#GoldFighterKC | #CunHeejab

.
*Gambar sekadar Hiasan


FB=> https://www.facebook.com/KedaiAnnisaKu

No comments:

Post a Comment